Assalamualaikum.
Saya amat kesal sekali apabila melihat orang kita (melayu )yang terlalu taksub dengan parti ni. Kata parti yang berimejkan islam tapi apa yang jelas adalah menggambarkan kita adalah kumpulan samseng.Saya teringat apa yang berlaku di satu kampung di satu kawasan mengundi di Parlimen Bukit Gantang.Peristiwa yang cukup memalukan saya sebagai orang islam di mana kerana pemasangan bendera pun kita sanggup.Kes ini berlaku di Changkat Ibol sungguh memalukan. Apa yang pelik tentang mainan politik sempit ni ialah mereka kata parti yang di restui Allah,tapi kenapa kita tak ikut cara yang Allah kehendaki.
Baru-baru ni saya balik ke Kelantan dan menghadiri satu ceramah PAS yang mana mereka sama-sama berdoa untuk memohon kepada Allah supaya di timpa bala kepada Najib dan Zahid Hamidi. Saya amat muskil dengan kenyataan ini ,jadi saya bertanya seorang Ustaz yang juga penyokong taksub PAS adakah salah di sisi agama Islam jika kita doakan kecelakaan kepada seseorang .Dia kata adalah satu dosa yang besar jika kita doakan sedemikian.Jadi saya beritahu demikian bahawa doa itu adalah di lakukan oleh Nik Aziz ketika berceramah di Tanah Merah Kelantan. Ustaz tersebut terdiam tanpa kerkata apa-apa.
Saya katakan padanya betul Quran itu adalah rujukan kita ,dan apa yang terkandung dalam al-Quran itu betul dan tidak ada satu pun yang salah ,yang salah hanya kita manusia yang sanggup gunakan al-quran untuk kepentingan dan kita selewengkan pula untuk kepentingan politik kita.
Jadi apakah sebenarnya ini adakah Quran yang salah atau kita yang selewengkan Quran untuk politik dan pengaruh.Jelaskan apa yang berlaku kini.Golongan berumur bila dengar Ustaz dan kiai-kiai maka mereka akan ikut sahaja walaupun mereka itu adalah penipu besar kepada golongan yang kurang pengetahuan.
Fikir-fikirkanlah wahai umat Islam bahawa Quran itu jelas dan betul tapi manusia !!!!!!!!
Sekian terima kasih