Sunday, April 12, 2009

Perkasakah Malaysiaku

Assalamualaikum.
Salam pada semua sahabat bloger.
Kerajaan hari ini nak perkasakan Malaysia ,persoalannya mampukah kita laksanakannya?
Kepada semua rakyat Malaysia adakah anda ingat tugas ini tugas pemimpin sahaja dan tidak ada kaitan langsung dengan kita? Kalau negara kita ini stabil kuat dan gemilang siapakah yang akan dapat untuk, bukankah kita dan anak-anak cucu kita.Kenapa kita selalu sukar untuk menyumbang sedikit keringat untuk membantu pemimpin negara kita untuk mengekalkan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara yang kekal merdeka dan aman damai.

Adakah anda ingat negara ini mampu mempertahankan kemerdekaan negara ini buat selama-lamanya? Kalau kita lihat hari ini banyak dikalangan rakyat yang telah banyak lari dari landasan yang sebenarnya ,dimana mereka menjadi sebahagian dari kelompok masyarakat yang berusaha untuk menghancurkan negara ini. Lu fikirlah sendiri kalau kita jadi macam Thailand ke ,Iraq ke ,Palestine dan lain-lain negara.Nak ke!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment