Tuesday, April 21, 2009

Satu Malaysia satu harapan baru negara

Tahniah di ucapkan kepada PM baru yang melihat usaha ini perlu dilakukan segera bagi menyedarkan rakyat Malaysia bahawa kita berjuang bukan atas satu kaum dan agama saja,malah adalah untuk semua kaum yang mendiami Malaysia.Apa yang kita mahukan ialah keamanan.Kita tidak mahu negara ini akan hilang keunikkannya kerana kepentingan politik sempit sesetengah pihak.Jadi rakyat Malaysia mestilah sama-sama bantu kerajaan dalam mengekalkan keamanan yang berterusan dalam negara kita.ketepikanlah politik yang boleh menghancurkan keselesaan hidup kita hari ini. Mahukan kita gadaikan keamanan yang kita kecapi hari ini? Kalau saya ,tak sanggup rasanyanya.Marilah kita fikir sama-sama dan hayati sedikit sejarah lampau bagaimana kita capai semua yang kita ada pada hari ini ,adakah ianya datang bergolek begitu saja atau melalui satu detik yang sukar? fikir-fikirkan lah. Salam.

1 comment: